World Traveller Care - MengembaraLah Tanpa Rasa Bimbang


"Kembara adalah Kepulangan dengan Kenangan Bukan  Kebimbangan"

Melihat dan mengenali tempat-tempat baru seringkali menyeronokkan. Namun pengembaraan boleh menimbulkan kesulitan, daripada perjalanan anda dibatalkan sehingga kehilangan bagasi. Jadikan kami teman perjalanan anda dan kami akan melindungi anda di setiap langkah.

Apa itu WORLD TRAVELLER CARE?
Menyediakan pampasan sekiranya berlaku Kecederaan, Hilang Upaya Kekal atau Kematian yang disebabkan oleh kemalangan yang tidak dijangka, perbelanjaan perubatan yang ditanggung akibat kemalangan dan/atau penyakit, kesulitan perjalanan dan bantuan perjalanan untuk Domestik (tempatan) dan Antarabangsa.

Siapa yang layak memohon?

  • Semua rakyat Malaysia. 
  • Orang yang dilindungi mestilah berusia antara 18 hingga 70 tahun.
  • Warga emas mesti di antara 71 kepada 80 tahun.
  • Kanak-kanak mestilah berusia sekurang-kurangnya 45 hari dan dibawah 23 tahun, sekiranya masih belajar.




Apakah tempoh maksimum utk perjalanan tunggal dan perjalanan tahunan?

  • 30 hari berturut-turut utk perjalanan domestik
  • 90 hari berturut-turut utk perjalanan antarabangsa

Pengecualian Utama di bawah Sijil ini?
  • Keadaan sedia ada; atau
  • Kecederaan diri yg disengajakan atau cubaan membunuh diri ; atau
  • Apa-apa keadaan yg, hasil daripada komplikasi kehamilan, melahirkan anak, keguguran (kecuali keguguran akibat kemalangan) atau pengguguran; atau
  • AIDS atau kehadiran sebarang HIV, penyakit kelamin; atau
  • Tindakan sengaja samada waras atau tidak, pembunuhan provokasi atau serangan; atau
  • Mengembara bertentangan dengan nasihat pengamal perubatan atau utk tujuan mendapatkan rawatan perubatan; atau
  • Terlibat dalam perkhidmatan tentera laut, tentera, tentera udara, polis, bomba dan lain-lain; atau
  • Melibatkan diri dalam aktiviti perlumbaan (selain drpd menggunakan kaki) dan man-mana pertandingan sukan profesional; atau
  • Penerbangan selain drpd sebagai penumpang berbayar dengan pesawat biasa berjadual atau dilesenkan bertauliah; atau
  • Apa-apa aktivit haram; atau
  • Risiko perang; atau
  • Pencemaran radiasi atau nuklear; atau
  • Melibatkan diri dlm sukan atau aktivit berbahaya; atau
  • Dibawah pengaruh alkohol atau dadah.
Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk kpd Sijil Takaful utk senarai lengkap bagi pengecualian.


Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Boleh hubungi kami 
03-6021 1593

Comments

Popular posts from this blog

Panduan Harga Windscreen